Audi TT RS edisi ulang tahun ke-40 quattro - 40 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-40 quattro, Audi telah melancarkan sebuah model edisi terhad iaitu Audi TT RS '40 years of quattro'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihadkan sebanyak 40 unit sahaja untuk pasaran Jerman, Audi TT RS '40 years of quattro' ini dilihat membawakan kit badan yang lebih radikal, diikuti dengan layangan warna putih, serta decal khas yang boleh dilihat pada hud, garis bahu, bumbung dan belakang.

Penggunaan decal tersebut merupakan peringatan kepada liveri yang pernah digunakan pada Audi Sport quattro S1 yang dipandu oleh Walter Röhrl dalam perlumbaan Pikes Peak tahun 1987.

 


Selain daripada itu, kit aero yang dipadankan ini dibangunkan di dalam fasiliti terowong udara, dikatakan mampu meningkatkan kadar aerodinamik, serta meningkatkan prestasi dan pengendalian di laluan berliku.

Kit yang dimaksudkan itu merangkumi side flics pada apron hadapan, splitter hadapan, trim side sill, sayap belakang jenis kekal, serta pemasangan diffuser belakang.

Antara elemen baharu yang didatangkan adalah liang udara tengah yang diperbuat daripada gentian karbon bertujuan untuk meningkatkan kadar ventilasi ruang enjin.

 


Mengakhiri segala modifikasi luaran adalah penggunaan warna hitam pada komponen side sill insert, pelindung cermin sisi, logo Audi, dan perkataan quattro pada pintu manakala logo '40 years of quattro' pula diletakkan pada cermin suku belakang.

Audi TT RS khas ini mendapat rim aloi eksklusif bersaiz 20 inci yang melindungi angkup brek berwarna merah.

 


Sementara ruang dalaman pula menampilkan pelbagai jenis naik taraf seperti penggunaan bahan Alcantara hitam pada trim pintu, roda stereng RS balutan kulit dengan tanda putih pukul 12, serta penggunaan kulit hitam dan jahitan kontras putih pada bahagian seperti perehat tangan tengah, perehat tangan pintu, konsol tengah.

Tempat duduk pula adalah jenis sport seat RS dengan balutan kulit Nappa dan Alcantara hitam pada seksyen tengah yang dihiasi rekaan sarang lebah dan jahitan eksklusif '40 years of quattro'.

Untuk menjadikan jentera ini lebih ringan, anda boleh membuang tempat duduk baris kedua dan menggantikannya dengan strut cross brace daripada gentian karbon dengan penjimatan berat sehingga 16 kg, selain mampu meningkatkan kadar ketegaran casis.  

 


Untuk kuasa, Audi TT RS ini masih kekal dengan penggunaan enjin lima silinder sebaris TFSI 2.5 liter turbo yang menghasilkan 400 PS dan 480 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi S tronic klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Prestasi pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 3.7 saat dan kelajuan tertinggi dinaikkan kepada 280 km/j.

Harga jualan Audi TT RS '40 years of quattro' bermula dari €114,040 (RM560,146).

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa sistem pacuan semua roda Quattro Audi ini sebenarnya berasal…
Berita Global
Apa yang membezakan antara model facelift Audi RS4 Avant 2020 ini dengan model wagon sedia adalah…
Pelancaran
Sebuah lagi SUV segmen kompak mewah yang diperkenalkan oleh Audi di dalam siri Q mereka ialah Audi…