Berita menariknya, GWM Malaysia dikatkan akan membawa masuk model SUV Tank 500 tersebut, bersama-sama dengan sebuah lagi model SUV Tank 300.
Berikut merupakan spesifikasi ringkas SUV ladder frame Tank 500 yang diperlihatkan pada acara Auto Shanghai 2023 baru-baru ini.
Dimensi: 4,878 mm-5,070 mm panjang, 1,934 mm lebar, 1,905 mm tinggi
Jarak antara roda: 2,850 mm
Jarak lega bumi: 223.5 mm
Kedalaman redah air: 800 mm
Trenkuasa:
Petrol: Enjin V6 3.0 liter turbo + sistem hibrid ringan 48V, 349 hp, 500 Nm
PHEV: Enjin 2.0 liter turbo, 402 hp, 750 Nm
Sistem pacuan: 4WD Hi4T
Transmisi: Automatik 9AT/9HAT
Ciri utama: lampu LED automatik, lampu DRL LED, kemasan krom, lampu belakang LED, tayar simpanan di belakang
Keselamatan: amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan automatik, bantuan persimpangan, amaran keluar lorong, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang
Kabin: stereng balutan kulit, sistem audio 12 pembesar suara, larasan stereng berkuasa elektrik, skrin kluster digital 12.3 inci, skrin tengah 14.6 inci.
Dengan penawaran harga yang berpadanan, mampukah SUV Tank 500 ini menawan hati para pencinta SUV off-road di Malaysia?
Sama-sama kita nantikan kemunculannya.