Auto Shanghai 2023: WEY Gaoshan, pesaing Alphard dengan sistem PHEV

oleh Mohamad Hanif|
Segmen minivan mewah dijangka bakal menerima kehadiran sebuah lagi model baharu dari Great Wall Motor, iaitu WEY Gaoshan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Diperlihatkan pada acara Auto Shanghai 2023, WEY Gaoshan dilihat bakal memberikan saingan rapat kepada model-model lain seperti Toyota Alphard/Vellfire, Voyah Dreamer, Zeekr 009 dan juga Denza D9.
 

WEY


“Gaoshan” merupakan terjemahan terus daripada nama China yang membawa maksud Gunung Tinggi.

Dari segi dimensi, Gaoshan berukuran 5,045 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,900 mm tinggi dengan jarak antara roda sepanjang 3,085 mm – jauh lebih besar berbanding Alphard sedia ada.
 

WEY


Pakej luaran (terutama bahagian hadapan) sememangnya mengingatkan kita kepada minivan Jepun Toyota Alphard, dengan kemasan jeriji krom yang besar di hadapan, diikuti dengan profil sisi yang lebih kemas, rim 18 inci, dan unit lampu belakang menegak yang disambungkan dengan bar LED melintang penuh.

Menurut spesifikasi yang dipetik daripada Car250, WEY Gaoshan mempunyai dua pilihan trenkuasa.
 

WEY


Versi hibrid dijana dengan enjin 1.5 liter turbo yang diipadankan dengan motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 321 hp dan 530 Nm.

Pek bateri 34 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 184 km untuk sekali cas penuh, dan jarak pemanduan sejauh 1,000 km untuk setangki bahan api penuh.

Versi plug-in hybrid pula mampu menjana kuasa 430 hp dan 762 Nm yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat sahaja.
 

WEY


Jarak gerak sifar emisi adalah sejauh 155 km, dan jarak pemanduan keseluruhan boleh mencapai sehingga 900 km untuk setangki bahan api penuh.

Pek bateri tersebut menyokong sistem pengecasan pantas 48 kW, di mana SoC 10-80 peratus boleh dicapai dalam masa 29 minit sahaja.

WEY turut menyokong fungsi Vehicle-2-Load (V2L) dengan kuasa sehingga 3.3 kW.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV sedan pertama Volkswagen itu bakal menjadi menjadi saingan kepada jenama Tesla Model 3 dan…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…
Berita Global
Berita menariknya, GWM Malaysia dikatkan akan membawa masuk model SUV Tank 500 tersebut, bersama-…