Auto Shanghai: Toyota bZ3 2023 terima 5,000 tempahan, harga dari RM109k di China

oleh Mohamad Hanif|
Sedan elektrik pertama Toyota, bZ3 mula dijual secara rasmi di China pada tanggal 16 April yang lalu.

Sejurus selepas pelancaran, Toyota mengumumkan mereka telah pun menerima tempahan sebanyak 5,000 unit, walaupun ia sebenarnya merupakan model kedua Toyota berkuasa elektrik tulen selepas model bZ4X.
 

bZ3


Dibangunkan menggunakan platform e-TNGA, model bZ3 ini sebenarnya menampilkan teknologi yang dipinjamkan daripada BYD, termasuklah bateri LFP Blade, serta unit pacuan kuasa daripada syarikat subsidiari BYD, Fudi Motor.

Dari segi dimensi, BYD membawakan ukuran sepanjang 4,725 mm, lebar 1,835 mm, tinggi 1,475 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,880 mm.
 

BZ3


Motor elektrik tunggal berkuasa 241 hp dan 303 Nm itu membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat.

Pek bateri 49.92 kWh pula membenarkan jarak gerak sehingga 616 km untuk sekali cas penuh.
 

BZ


Ruang kabin sedan elektrik ini menampilkan sistem 'Digital Island' yang mengintegrasikan skrin tengah menegak serta konsol tengah berbentuk dulang, selain ciri seperti bantuan pemandu, pengecasan peranti pintar dan sokongan sambungan kepada peranti pintar.

Rekaan roda stereng pula tidak berbentuk bulat yang tipikal, di mana ia telah dioptimasikan untuk jalan raya di China bertujuan mengurangkan kesan titik buta.
 

bz


Harga jualan Toyota bZ3 bermula dari 169,800 yuan (RM109,492) untuk versi asas 130 kW (jarak gerak 517 km) sementara varian Long Range Premium berharga 199,800 yuan (RM128,837). 

Baca: Toyota bZ3 2023

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV sedan pertama Volkswagen itu bakal menjadi menjadi saingan kepada jenama Tesla Model 3 dan…
Berita Global
Diperlihatkan pada acara Auto Shanghai 2023, WEY Gaoshan dilihat bakal memberikan saingan rapat…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…