AVL dedah konsep enjin hidrogen - 2.0 liter turbo, 410 hp, 500 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi enjin pembakaran dalaman tidak akan mati dalam masa terdekat, memandangkan pengeluar automotif menemukan bahan api hidrogen sebagai jalan terbaharu untuk memastikan ia kekal relevan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, syarikat AVL memperlihatkan konsep enjin hidrogen 2.0 liter turbo yang lahir daripada sukan permotoran dan mampu menghasilkan kuasa setinggi 410 hp @ 6,500 rpm dan daya kilas 500 Nm @ 3,000-4,000 rpm.
 

AVL


Idea asal dilontarkan pada lewat tahun 2022, di mana AVL menyasarkan enjin hidrogen yang mampu menghasilkan kuasa sekurang-kurangnya 402 hp dan 500 Nm.

AVL membangunkan enjin perlumbaan ini menerusi kerjasama dengan HUMDA Lab, sebuah syarikat dari Hungary bukan berasaskan keuntungan yang memiliki kepakaran dalam penyelidikan perlumbaan.
 

AVL


Setelah membuat simulasi yang diperlukan, AVL mengambil langkah berikutnya dengan meletakkan enjin tersebut di dalam kereta lumba dan menguji kecekapan enjin tersebut di dalam litar lumba yang sebenar.

Selain daripada AVL, Toyota juga sebelum ini telah menguji enjin hidrogen menerusi hot hatch GR Yaris dan GR Corolla di dalam perlumbaan sebenar Super Taikyuu Series.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Berita Global
Lebih tepat lagi, motosikal “Kawasaki Ninja H2 HySE” yang dihasilkan oleh Team Green ini merupakan…
Berita Global
Perlumbaan ketahanan itu akan diadakan selama 25 jam bertempat di Litar Antarabangsa Chang,…