ROOKIE Racing dan Toyota sertai Thailand endurance, guna enjin hidrogen

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini, pasukan ROOKIE Racing dan Toyota Motor Corporation telah mengumumkan kerjasama mereka bagi menyertai perlumbaan Idemitsu 1500 Super Endurance 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan ketahanan itu akan diadakan selama 25 jam bertempat di Litar Antarabangsa Chang, Thailand pada 17 dan 18 Disember 2022.

Pada perlumbaan itu, mereka akan menampilkan jentera ORC ROOKIE GR Corolla H2 Concept dengan enjin hidrogen dan jentera ORC ROOKIE GR86 CNF Concept yang menggunakan bahan api carbon-neutral.

 

gr

 

Ini merupakan kali pertama bagi kedua-dua jentera tersebut untuk berentap di luar Jepun.

Selain itu, jentera dari pasukan Thailand, Toyota Gazoo Racing Team turut akan menggunakan bahan api carbon-neutral.

Syarikat Toyota sememangnya terkenal dengan teknologi hidrogen nya yang menjadi alternatif selain kereta elektrik bagi menuju ke arah dunia sifar karbon.

 

gr

 

Kerjasama diantara ROOKIE Racing dan Toyota Motor Corporation dalam sukan lumba diharap dapat meningkatkan lagi pembangunan teknologi neutral karbon sebagai alternatif yang lebih baik berbanding EV.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang beraksi di Litar Antarabangsa Chang, Thailand itu menyaksikan 64 buah kereta…
Berita Domestik
Rocket Nation yang merupakan kumpulan elit kelab tersebut telah berjaya memperoleh tempat ketiga…
Sukan Bermotor
Perlumbaan S1K 2020 sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 29 November ini. Semenjak…