Menurut laporan dari media Indonesia iaitu Autonetmagz, Perodua Axia baharu bakal mendahului trio tersebut dengan pelancaran pada bulan Februari, manakala Daihatsu Ayla dan Toyota Agya akan menyusul pada bulan Mac 2023.
Perkara tersebut merupakan sesuatu yang baharu untuk Perodua terutama sekali terhadap model dengan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), jika dilhat pada model lain seperti Ativa, ianya merupakan model ketiga yang dilancarkan dari asas Toyota Raize selepas Daihatsu Rocky.
Pada tahun 2020, Perodua telah mengumumkan kerjasama yang melibatkan model baharu dari platform DNGA, dimana hasil kerjasama itu dapat dilihat dengan penghasilan beberapa model baharu dengan sentuhan Perodua sendiri.
Perodua Axia D74A juga bakal dibina berasaskan platform DNGA, dimana ianya akan memiliki reka bentuk Perodua yang tersendiri, berbeza dari Ayla dan Agya, setakat ini Perodua masih tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai Axia D74A yang dijangka tiba pada Februari tahun ini.