Azmin Ali umum kemasukan pelaburan daripada syarikat pengeluar kereta mewah

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Kanan yang juga merangkap sebagai Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Azmin Ali mengumumkan Malaysia bakal menerima pelaburan daripada syarikat asing bagi pengeluaran kereta mewah pemasangan tempatan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika bercakap Jumaat lalu, Azmin tidak mengumumkan nama syarikat tersebut, akan tetapi berdasarkan laporan daripada Bernama, syarikat itu bersetuju untuk membuka kilang pertamanya di luar negara.

"Ini adalah mengenai kejuruteraan tepat, maknanya pembuat kereta antara yang termahal di dunia akan berada di Malaysia," ujar beliau ketika sesi soal jawab pada Majlis Rapat Malaysia Prihatin peringkat Negeri Selangor.

Ini secara tidak langsung menguatkan lagi berita yang pernah dilaporkan oleh The Edge bulan lalu di mana Porsche diberitakan akan bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari di bawah Sime Darby Motors Sdn Bhd untuk membangunkan kilang pemasangan kenderaan bertempat di Kulim, Kedah.

Laporan itu disusuli dengan sebuah lagi artikel daripada Maybank Investment Banck Research di mana Porsche akan memasang SUV Macan dan Cayenne di Malaysia.

Namun, model-model kereta sports seperti 911, Boxster dan Cayman tidak akan dipasang di sini.


Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…