Langkah tersebut diambil berikutan krisis wabak coronavirus yang semakin membimbangkan pada ketika ini.
Menurut kenyataan, "Bahrain telah membuat keputusan untuk menganjurkan perlumbaan Bahrain GP sebagai sebuah acara yang disertai oleh pasukan perlumbaan sahaja.
"Keselamatan dan kesejahteraan penyokong adalah menjadi keutamaan kami sebagai salah sebuah penganjur F1, dan perlumbaan akan tetap diteruskan sebagai acara yang boleh ditonton menerusi kaca televisyen.
Pihak penganjur melihat usaha Bahrain dalam mencegah, mengenalpasti dan mengasingkan kes COVID-19 sebagai satu langkah yang berjaya pada ketika ini, dan sudah pasti mereka tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku apabila perlumbaan tersebut dibuka kepada umum.
"Kami faham ia bakal mengecewakan ramai peminat, khususnya bagi mereka yang telah merancang untuk hadir ke acara tersebut, namun keselamatan tetapi menjadi keutamaan kami buat masa ini.
Pusingan pembukaan F1 bakal berlangsung di Australia pada 15 Mac ini, namun bakal menghadapi kemungkinan ditangguhkan berikutan larangan daripada kerajaan Itali yang mampu menghalang perjalanan individu dari AlphaTauri, Ferrari dan Pirelli.
Sumber: GP Fans