FORMULA 1: AUDI AMBIL ALIH 100% PASUKAN SAUBER

oleh Firdaus Razani|
Jenama automobil Jerman, Audi baru-baru ini bersetuju untuk mengambil alih penuh pasukan Formula 1, Sauber menjelang musim tahun 2026.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk menyertai F1 musim akan datang itu.

Pada Ogos 2022, Audi mengumumkan perancangan untuk menyertai perlumbaan F1 bermula 2026, sebelum mengambil alih 25 peratus saham Sauber enam bulan selepas pengumuman tersebut.

Pada awalnya, terdapat spekulasi bahawa Audi akan meningkatkan kepentingan kepada 75 peratus, namun Jumaat lalu, Audi telah bersetuju untuk mengambil alih sepenuhnya pemilikan pasukan tersebut.

 

f1

 

Ketua pembangunan teknikal Audi Oliver Hoffmann telah dilantik sebagai wakil am lembaga syarikat untuk pasukan itu, dan meletakkannya di atas Ketua Eksekutif Andreas Seidl.

Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka dan meneruskan perananan yang dijawatnya bersama Sauber dalam struktur pengurusan.

Kenyataan Audi berkata bahawa pengambilalihan penuh telah dipersetujui dengan pemegang saham majoriti semasa Islero Investments AG, dan diluluskan oleh lembaga Audi.

Pengumuman tersebut juga menamatkan spekulasi bahawa Audi boleh menarik diri daripada komitmennya terhadap F1 di tengah-tengah perubahan di bahagian pengurusan atas syarikat.

Syarikat Jerman itu juga mengesahkan hasratnya untuk masuk sebagai pasukan kerja dan mengesahkan unit kuasanya akan dibangunkan di fasiliti Neuberg mereka.

 

SUMBER : SkySport

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…
Sukan Bermotor
Bemula dengan nama Scuderia Torro Rosso pada tahun 2006, kemudian dijenamakan sebagai Scuderia…