Bakar mercun dari dalam kereta sedang bergerak, lelaki warga asing ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki membakar mercun dari dalam kereta yang sedang bergerak di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, di Kuala Lumpur, susulan tular rakaman video yang menunjukkan insiden itu, pada Ahad.

Suspek berusia 31 tahun itu diberkas di kedai majikannya yang terletak berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 12 tengah malam Isnin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata tangkapan dijalankan selepas polis mengesan satu rakaman video kejadian itu yang tular pada jam 8.30 malam Ahad.

Hasil semakan polis, beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pada hari sama dan rakaman video tular itu jelas memaparkan perbuatan berbahaya terbabit.

"Hasil siasatan mendapati suspek bekerja di sebuah kedai sayur, dan kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu adalah milik majikannya. Hasil semakan turut mendapati suspek tiada lesen memandu.

"Selain itu, hasil semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Suspek kini direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ahmad Sukarno berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957, iaitu kesalahan menyebabkan letupan dengan niat mendatangkan bahaya kepada nyawa atau harta benda. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden itu diminta tampil membantu siasatan polis, termasuk boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul melalui talian 03-40482206.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah malam tadi…
Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Berita Domestik
Video berkenaan turut memaparkan beberapa konvoi motosikal mengiringi sebuah kenderaan jenis Toyota…