Bandai Namco, Sunrise dedah teaser anime perlumbaan baharu Hi-Drivers

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik untuk para peminat animasi Jepun bertemakan perlumbaan kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Bandai Namco denfgan kerjasama Sunrise (studio animasi Gundam) baru-baru ini telah menerbitkan sebuah video teaser ringkas animasi Hi-Drivers yang bakal ditayangkan kelak.

Menariknya, anime Hi-Drivers ini turut mendapat kerjasama rapat daripada syarikat-syarikat automotif besar seperti Honda, Toyota, Subaru dan juga Nissan.

 


Ini boleh dilihat menerusi penampilan beberapa buah model kereta berprestasi seperti Honda NSX generasi pertama dan kedua, Subaru WRX STi, Subaru BRZ, Toyota GR Supra serta Nissan GT-R.

Berdasarkan video ringkas tersebut, besar kemungkinan ia akan menampilkan jalan cerita perlumbaan jalanan, sama seperti Initial D serta MF Ghost yang turut akan ditayangkan kelak.

Baca: Animasi MF Ghost dalam pembikinan

Lebih banyak informasi bakal didedahkan bersempena dengan acara ekspo AnimeJapan yang akan berlangsung pada bulan depan.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Anda masih lagi boleh melihat betapa aktifnya beliau di dalam beberapa acara sukan permotoran (…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan video trailer keempat yang baharu sahaja disiarkan di saluran rasmi Youtube…