Bangkok International Motor Show 2024 ke-45 : 27 Mac hingga 7 April

oleh Firdaus Razani|
Pameran Motor Antarabangsa Bangkok ke-45 2024 (BIMS) akan mengabungkan pengeluar jenama kereta dan motosikal bersama untuk memeriahkan lagi acara BIMS 2024 ke-45.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ketua Pegawai Eksekutif Grand Prix International PCL, dan Pengerusi BIMS ke-45, Dr. Prachin Eamlumnow, mendedahkan bahawa BIMS ke-45 2024 dianjurkan dengan membawa konsep tema "The Mobility of Joyful Experiences”.

bims

BIMS ke-45 juga bersedia untuk menyokong teknologi mesra alam dan mewujudkan peluang perniagaan untuk negara menurut beliau.

 

VENUE

Pameran Motor Antarabangsa Bangkok ke-45 2024 akan diadakan di Dewan Challenger 1-3 dan Dewan Forum IMPACT 4, IMPACT Muang Thong Thani dari 27 Mac hingga 7 April 2024.

Acara ini juga meluaskan ruang pameran kepada IMPACT Forum Hall-4, yang meliputi sehingga 76,000 meter persegi ruang pameran dalaman, berbanding 60,000 meter persegi sebelumnya.

BIMS ke-45 terus menerima kerjasama baik untuk anjuran acara tersebut daripada jabatan, persatuan dan syarikat seperti berikut;

 

-Kementerian Pelancongan & Sukan,

-Persatuan Industri Automotif Thai,

-Persatuan Jurutera Automotif Thailand,

-Persatuan Pengilang Alat Ganti Auto Thailand,

-Persatuan Sistem Pengangkutan Pintar Thai,

-Persatuan Automobil Diraja Thailand (RAAT)

-Impact Exhibition Management Co., Ltd.

 

MODEL KENDERAAN YANG BAKAL DIPAMERKAN

Lebih 49 jenama kereta dan motosikal terkemuka telah meletakkan minat mereka untuk menyertai pameran itu.

Sekurang-kurangnya 20 model baharu akan dilancarkan pada pameran itu bersama-sama kereta Hyper Concept seperti Mercedes-Benz Vision ONE-ELEVEN dan Nissan Hyper Tourer Concept.

Selain itu, akan terdapat beberapa kenderaan yang bakal menjadi sorotan untuk pengenalan, pelancaran dan perasmian harga, antaranya adalah seperti;

-Lotus Eletre Blends Electric Hyper SUV,

-Lotus EMIRA varian I4 dan V6 Supercharged,

-JEEP WRANGLER 2024,

-Volvo EX30 Baharu.

-CHANGAN LUMIN MINI EV

-MG4 D Facelift

-HONRI BOMA, EV 4 tempat duduk.

-VINFAST VF7 (SUV EV)

-VINFAST trak pikap konsep EV, VF wild.

-Honda MOTOCOMPACTO

-Honda UNI-ONE mobiliti

 

Selain itu, di Dewan Forum 4, ia mempamerkan model automotif khas iaitu, motorhome, aksesori auto , Zon Glamping, Hypercar, Supercar dan kereta klasik, seperti;

-Lamborghini Countach LPI 800-4,

-Lamborghini Aventador LP770-4 SVJ 63 Roadster,

-Lamborghini Gallardo LP570-4 Squadra Corse,

-Rolls-Royce Phantom Tempus,

-Rolls-Royce Dawn Landspeed,

-NISSAN GTR T-spec,

-McLaren 720S

-Mclaren Speedtail

 

Jumlah nilai semua model ini bernilai lebih daripada 1,300 juta Baht di ruang pameran seluas 11,600 meter persegi.

Tahun ini, turut disediakan zon eRacing yang padat dengan simulator pemanduan dengan spesifikasi yang setara dengan yang digunakan dalam pertandingan FIA Motorsport Games.

 

HARGA TIKET

Harga tiket bermula pada 100 Baht (RM13) dan untuk pakej VIP Diamond Lounge boleh didapati dengan harga 999 Baht (RM131).

Tambahan itu, Akaun Rasmi LINE atau Line OA di bawah nama "GrandPrix.Group", akan memudahkan urursan seperti Pembelian Tiket, Pendaftaran Pelawat, dan sebagai saluran komunikasi antara Penganjur dan pelawat.

 

WAKTU

Pameran itu dibuka dari jam 12.00 tengahari. hingga jam 22.00. pada hari bekerja, dan dari jam 11.00. hingga jam 22.00. pada hujung minggu dan cuti umum.

 

bims

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Namun kali ini, kita bukan mahu bercerita tentang dua model tersebut, tetapi kita nak menceritakan…
Berita Global
Sama seperti varian Wildtrak X yang dilancarkan di Australia pada bulan lalu, Ranger Stormtrak ini…
Berita Global
Biarpun muncul sarat dengan pelekat samaran, Mitsubishi mengesahkan konsep rekaan ini ditampilkan…