MG CYBERSTER - CHINA BOLEH BUAT KERETA SPORT CANTIK

oleh Firdaus Razani|
Seperti ramai yang sudah tahu jenama MG telah memasuki pasaran Malaysia dengan dua barisan model elektriknya iaitu MG4 dan MG ZS EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun kali ini, kita bukan mahu bercerita tentang dua model tersebut, tetapi kita nak menceritakan mengenai model roadster terbaharu dari MG iaitu MG Cyberster.

MG Cyberster telah dipamerkan di Thailand dalam acara Bangkok International Motorshow 2024 dimana butiran mengenai model terbaharu itu telah didedahkan.

 

mg

 

Ia nampak terlalu menarik perhatian, ini membuktikan MG yang kini dibangunkan dibawah syarikat China, SAIC Motor boleh menghasilkan sebuah kereta sport yang begitu cantik.

Mengenai reka bentuk, MG Cyberster menampilkan lampu hadapan dan lampu nyalaan siang jenis LED, dan apa yang menarik perhatian sekali adalah lampu belakang LED yang berbentuk ‘Arrow’.

 

mg

 

Walaupun rekaan lampu belakang yang nampak ‘unik’ kerana reka bentuknya, namun boleh diberi kredit kepada ciri pintu jenis scissored-door, yang menampilkan karakter tradisional kereta sport.

 

mg

 

Dengan rekaan roadster bumbung terbuka, ia mempunyai ukuran 4,535 mm panjang, 1,913 mm lebar dan 1,329 mm tinggi, dengan jarak roda sepanjang 2,690 mm.

Untuk bahagian dalaman, ia menampilkan panel paparan digital tiga skrin, terdiri daripada skrin 10.25 inci diapit dua skrin tujuh inci, dan tempat duduk sport berbentuk Y dibalut dengan kulit Nappa dan Alcantara.

 

mg

 

Cyberster juga dilengkapi dengan sistem bunyi Bose, penyaman udara dwi-zon, sistem penapis udara PM 2.5 dan menerima sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Untuk trenkuasa, Cyberster hadir dengan dwi-motor yang menghasilkan kuasa sehingga 544 PS dan 725 Nm tork, ia mampu pecut dari 0-100lm/j hanya dalam 3.2 saat sahaja.

 

mg

 

Motor elektrik tersebut dinadikan oleh pek bateri 77 kWj, yang menawarkan jarak gerak sehingga 503km dengan sekali pengecasan sahaja.

Untuk sistem pengecasan, dengan pengecasan AC, ia akan mengecas daripada sifar hingga 100 peratus akan mengambil masa kira-kira 11 jam.

 

mg

 

Manakala untuk pengecasan pantas DC, ia mampu mengecas daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 26 minit pada kadar cas maksimum 140 kW.

Untuk harga jualan pula, MG Cyberster bakal dijual dengan harga 2,499,000 baht iaitu RM324,450, untuk kereta sport elektrik ini mungkin agak mahal, tetapi mungkin boleh dinilai dengan aestetika kereta ini?

 

SUMBER : PAULTAN

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif Grand Prix International PCL, dan Pengerusi BIMS ke-45, Dr. Prachin…
Berita Global
Sama seperti varian Wildtrak X yang dilancarkan di Australia pada bulan lalu, Ranger Stormtrak ini…
Berita Global
Biarpun muncul sarat dengan pelekat samaran, Mitsubishi mengesahkan konsep rekaan ini ditampilkan…