Banjir: Porsche Malaysia umum khidmat tunda percuma, diskaun 30 peratus untuk alat ganti, kos buruh

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengumumkan bantuan kepada para pelanggan Porsche yang terjejas akibat banjir kilat tempoh hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah program ini, pemilik Porsche boleh mendapatkan khidmat tunda percuma ke Porsche Centre yang berhampiran, serta diskaun sehingga 30 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh menerusi temujanji yang dibuat bermula sekarang sehingga 31 Januari 2022.

Para pelanggan Porsche juga layak untuk mendapat pemeriksaan yang lebih terpeinci, beserta rundingan peribadi bersama pakar bertauliah untuk menilai kerosakan dan pembaikan yang perlu dibuat terhadap kereta yang terjejas.
 

Porsche


Hanya alat ganti tulen Porsche (Porsche Genuine Parts) yang akan digunakan dalam setiap pembaikan, dan dilindungi oleh jaminan selama dua tahun.

Selain itu, Porsche Roadside Assistance turut dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memberikan bantuan tundaan dan juga bantuan tepi jalan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…