Bas bertukar jadi ambulans untuk pemindahan pesakit COVID-19

oleh SALINA JALIL|
Dua buah bas di London kini digunakan sebagai ambulans sementara, sekali gus ia situasi yang menandakan COVID-19 kini begitu menekan sistem kesihatan di bandar raya itu.


Sebahagian besar tempat duduk di dalam bas dibuang untuk membolehkan ia membawa empat pesakit, dalam usaha untuk meringankan bebanan terhadap hospital dan perkhidmatan ambulans di London.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Syarikat bas Go-Ahead, bersetuju meminjamkannya bas bagi membantu memindahkan pesakit, termasuk ke Hospital London Nightingale yang baru dibuka semula, lapor portal The Guardian.

 

Bas-bas berkenaan disesuaikan dengan peralatan perubatan penting, termasuk pam infus dan monitor.

 

Kesemua pemandu yang dipertanggungjawabkan mengendalikan bas-bas itu sudah diberi suntikan vaksin, dan setiap bas akan turut membawa petugas perubatan terlatih.

 

Bas itu dijangka mula digunakan dalam tempoh beberapa hari lagi.

 

Ini kali pertama dalam sejarah sistem kesihatan London, bas terpaksa digunakan bagi memindahkan pesakit.

 

Perhentian bas khas disediakan di luar King's College di selatan London bagi memudahkan proses mengambil dan memindahkan pesakit dan mempunyai keutamaan.

 

Perkhidmatan ambulans London berada dalam tekanan apabila dihujani panggilan kecemasan susulan gelombang kedua COVID-19 yang bermula pada Krismas lalu.

 

 

Astro Awani

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.   Menurut…
Berita Global
    Kereta berwarna merah ceri itu masih berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru…
Berita Global
Pusat pengedar dua tingkat Lotus Mayfair itu sedang dalam pembinaan, terletak di lokasi strategik…