"Kejadian disedari kapten bas yang melihat asap dari bahagian belakang bas sebelum memberhentikan kenderaan untuk menurunkan penumpang dan mengawal kebakaran daripada merebak menggunakan alat pemadam api.
"Kapten bas dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan pada harta benda awam dilaporkan serta bas terbabit ditunda ke depoh pada 12.08 tengah hari tadi," menurut kenyataan itu.
Rapid Bus turut memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian terbabit dan akan memberikan kerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Fahbell Md Yasin berkata seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati bahagian belakang bas terbabit terbakar 50 peratus.
"Kebakaran dipadam sepenuhnya pada jam 11.07 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.