Bas Rapid KL terbakar di stesen LRT SS15

oleh SALINA JALIL|
Sebuah bas milik Rapid KL hangus dalam satu kejadian kebakaran di Stesen LRT SS15 di Subang, semalam.


Rapid KL menerusi satu hantaran di Twitter memaklumkan kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 3 petang melibatkan sebuah bas laluan 771 dari Desa Mentari menghala ke Subang Mewah USJ 1

 

Katanya, insiden tersebut berlaku ketika bas berkenaan ingin mengambil penumpang di Stesen LRT SS15.

 

“Terdapat seorang penumpang di dalam bas dan penumpang serta kapten bas tidak mengalami sebarang kecederaan. Tiada kerosakan pada harta benda awam dan kebakaran berjaya dikawal.

 

“Rapid KL akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan,” katanya dalam hantaran semalam..

 

Bagaimanapun, pihak Rapid KL mengambil serius atas insiden yang berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

 

– KOSMO! ONLINE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan bas khas ini akan beroperasi dari tiga lokasi utama: Hab Bas Pasar Seni –…
Berita Domestik
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik Prasarana dalam memastikan kesinambungan…
Informasi
Enam laluan berkenaan adalah Saujana Utama/Elmina-Jalan Kuala Selangor dengan tiga van disediakan;…