Bas Smart Selangor sediakan 50 laluan untuk 60 juta pengguna

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh pentadbiran negeri, lebih 60 juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak pentadbiran negeri perkhidmatan percuma itu diperkenalkan pada 2015.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam hantaran Facebook Exco pengangkutan awam negeri, Ng Sze Han berkata sebanyak 166 bas telah digunakan di 50 laluan, dengan peruntukan tahunan RM45 juta.

Beliau menyebut bahawa jumlah penumpang tertinggi dicatatkan adalah pada 2019, dengan 15.6 juta penumpang dengan perjalanan ke institusi kerajaan, sekolah, pusat penjagaan kesihatan kerajaan dan pusat komersial.

Beliau berkata, “Sistem pengangkutan yang cekap boleh menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan menjadikan bandar kita lebih sesuai untuk didiami."

 

2

 

"Sejak memikul tanggungjawab menerajui portfolio pengangkutan awam pada 2018, usaha mempromosikan penggunaan Bas Smart Selangor telah berjaya sehingga wabak Covid-19 melanda.”

Ng sze turut menyatakan bahawa Mobiliti Selangor yang memfokuskan kepada mod pengangkutan lebih komprehensif diperkenalkan kerana kadar penggunaan pengangkutan awam yang rendah.

Rangkaian pengangkutan awam bersepadu di negeri ini menggabungkan perkhidmatan Bas Smart Selangor dengan kenderaan mobiliti mikro, e-skuter, basikal, laluan pejalan kaki dan van transit atas permintaan.

Sistem itu bertujuan untuk menangani isu ketersambungan tempat pertama dan tempat terakhir, dengan matlamat meningkatkan bahagian mod pengangkutan awam daripada 20 kepada 40 peratus menjelang 2025.

 

Sumber: Selangor Journal

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Berikutan pengumuman Kementerian Pengangkutan untuk menyelaraskan laluan bas di peringkat kerajaan…
Berita Domestik
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, pada masa ini caj…
Informasi
  Katanya, kerajaan negeri menanggung kos pengurusan bas Smart Selangor kira-kira RM50 juta bagi…