Bas 'terjun' cerun akibat masalah brek

oleh SALINA JALIL|
Sekurang-kurangnya dua orang cedera selepas bas milik universiti awam hilang kawalan dan terbabas ke cerun berketinggian 30 meter dekat Rancangan Penempatan Sementara (RTS) Legap di Kuala Mu, Sungai Siput, semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian berlaku dipercayai akibat bas itu yang mengalami masalah brek.

 

Katanya, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada 6.20 petang semalam.

 

“Setakat 8.21 malam, dua mangsa cedera manakala, jumlah keseluruhan mereka yang terbabit belum dapat dipastikan.

 

“Kesemua mangsa keluar sendiri dibantu orang awam, sebelum ketibaan bomba di lokasi.

 

“Bagaimanapun, operasi pemantauan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, operasi dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput.

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Biarpun siasatan menyeluruh sedang dilakukan menerusi pasukan petugas khas yang baru ditubuhkan,…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan mendapati…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kematian Muhammad…