Hyundai mahu jual bas elektrik di Jepun

oleh HEZERI SAMSURI|
Hyundai Motor Korea merancang untuk menjual bas elektrik mereka di pasaran Jepun seawal hujung tahun ini.

Menurut Hyundai, bas elektrik itu disasarkan untuk kegunaan pengangkutan awam dan bas pelancongan di luar kawasan urban di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara ialah sekitar US$300,000. 

Ia dilancarkan di Korea Utara tahun lepas dan akan dibina dengan panduan sebelah kanan, khusus untuk pasaran Jepun dan pasaran panduan sebelah kanan yang lain.

Hyundai juga berkata versi untuk Jepun boleh dipasang dengan fungsi panduan kendiri (autonomous driving) dan ciri-ciri teknologi terkini.

Ini berikutan kenyatan Nihon Bus Association, kumpulan perdagangan Jepun yang mahu negara matahari terbit itu menggunakan 10,000 bas elektrik menjelang 2030.

Setakat Mac 2023, cuma 252 bas elektrik yang digunakan di Jepun, lebih kurang 0.1 peratus dari jumlah keseluruhan bas di sana.

Mulai tahun fiskal ini, kerajaan Jepun akan memberi bantuan kewangan untuk pembelian bas elektrik di mana ia telah memperuntukan US$67.6 juta. Bantuan subsidi itu akan menurunkan harga bas elektrik sebanyak 50 peratus.

Industri bas di Jepun bagaimanapun mempunyai halangan lain. Keuntungan masih belum pulih selepas pandemik dan juga kekurangan pemandu.

Selain dari itu, harga bas elektrik adalah 50 peratus lebih mahal berbanding bas diesel dan penggunaan bas elektrik memerlukan pelaburan dari segi pembinaan pusat pengecaj.

Isuzu, sebuah syarikat Jepun juga akan melancarkan bas elektrik mereka, Erga EV dalam tahun fiskal hadapan yang berakhir pada Mac 2025.

* Laporan penuh di Nikkei Asia

Bas elektrik Isuzu Erga EV

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…