Bateri grafin pertama Malaysia untuk EV siap!

oleh HEZERI SAMSURI|
NanoMalaysia Berhad (NMB)dan Umorie Graphene Technologies Sdn Bhd telah berjaya untuk membangunkan prototaip bateri sel kantung dengan menggunakan grafin pertama yang berfungsi di Malaysia khusus untuk kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bateri lithium ion sel penuh dengan grafin ialah platform storan tenaga yang lebih cekap dan mampu mengubah industri EV dunia.

Projek yang dibangunkan di bawah Pelan Tindakan Grafin Kebangsaan 2020 NMB ini menelan belanja sebanyak RM340,000 dan pada 200Wh/kg, bateri ini mempunyai ketumpatan tenaga yang lebih tinggi berbanding bateri yang dijual secara komersial. 

Antara kelebihan bateri grafin hasil dari NMB dan Umorie ini ialah:

  • Lebih tahan lama
  • Boleh dicaj semula dengan lebih pantas
  • Kitaran hayat yang lebih panjang
  • Output tinggi membolehkan saiz lebih kecil

Harta Intelek atau IP bagi teknologi bateri ini dipegang oleh NMB dan Umorie sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut membantu di dalam penghasilan prototaip bateri grafin itu.

 

 

Menurut CEO NMB, Dr Rezal Khairi Ahmad (gambar atas), penciptaan bateri ini mampu menjadikan Malaysia sebagai pengeksport sistem storan tenaga berteknologi tinggi dan membolehkan komponen jenama tempatan memasuki pasaran EV luar negara.

Suria Affendi Amirrudin (gambar bawah), CEO Umorie pula berkata bateri ini bukan sahaja boleh digunakan untuk EV, tetapi untuk peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba.

NMB dan Umorie akan melaksanakan usaha sama di mana bateri grafin akan memulakan pengeluaran perintis. Sebaik sahaja dilancarkan di pasaran, bateri ini dijangka menyumbang sehingga RM124.13 juta kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta mewujudkan sehingga 1,146 peluang pekerjaan baharu untuk pekerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030.

 

 

Umorie pernah menggemparkan negara dengan model konsep Y-Suku Elektrik yang dihasilkannya untuk membuktikan konsep EV syarikat itu memang mampu dihasilkan dan mempunyai prestasi yang lebih baik dari pemain EV yang lain.

Untuk membaca artikel berkaitan model Y-Suku elektrik itu, sila lawati pautan di bawah:

https://careta.my/article/prototaip-y-suku-elektrik-umorie-caj-penuh-3-kali-lebih-pantas

Careta juga pernah menunggang uji motosikal Y-Suku elektrik Umorie. Tonton video tersebut di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Gachaco merupakan perkhidmatan bateri boleh tukar yang dibentuk di Jepun oleh Honda, Kawasaki,…
Berita Global
Ini bermakna, sudah hampir 30 tahun Toyota Prius bertapak di atas muka bumi sebagai satu alternatif…
Berita Global
Namun tahukah anda, kos sebenar pek bateri sebenarnya jauh lebih mahal berbanding apa yang…