Kos bateri masih lagi mahal, EV terpakai bakal jadi besi buruk?

oleh Mohamad Hanif|
Pek bateri secara asasnya masih lagi merupakan penyumbang utama kepada harga jualan kenderaan elektrik (EV) yang masih mahal pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun tahukah anda, kos sebenar pek bateri sebenarnya jauh lebih mahal berbanding apa yang disangkakan, berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh laman AutoEvolution.

Laman tersebut telah memetik beberapa kes penukaran bateri yang telah berlaku sejak awal tahun lalu.

Seorang pengguna bernama Bob Atkins mendedahkan masalah kod ralat BMS_u029 yang memerlukan penggantian pek bateri pada EV Tesla Model S milik ibu mertuanya.
 

sumber: Tesla Motor Club


Lebih malang lagi apabila kod ralat tersebut keluar sehari selepas waranti EV tersebut tampat tempoh, dan Tesla meminta kos sebanyak $18,000 (RM84,744*) untuk penggantian pek bateri 90 kWh baharu, atau $21,000 (RM98,868*) termasuk kos buruh, dan cukai yang berkaitan)

Alternatifnya, terdapat pilihan untuk memasang pek bateri yang telah dikilang semula (remanufactured battery) dengan kos sekitar $13,500 atau RM63,588* ($15,000 atau RM70,620* secara keseluruhannya).

Sekiranya pemilik mahu mengekalkan unit pek bateri yang lama, Tesla mengenakan kos teras sebanyak $10,000 (RM47,080*), tanpa mengira status dan keadaan semasa bateri yang disebutkan itu.
 

ev


Ini merupakan satu masalah yang perlu ditelitikan oleh mana-mana pemilik atau bakal pemilik EV pada masa akan datang, terutama bagi mereka yang sedang mempertimbangkan pembelian EV terpakai.

Sekiranya kos penggantian pek bateri jauh lebih mahal berbanding harga sebenar kereta, ia akan menjadi satu pelaburan yang tidak masuk akal dan bakal mengubah EV (kos bawah $30,000 atau RM141,240) menjadi besi-besi buruk.

Lebih-lebih lagi sekiranya sesebuah EV itu sudah pun tidak tertakluk di bawah jaminan pengeluar yang dikhususkan untuk bateri bervoltan tinggi.

*berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa RM4.71 = $1.00

Berita penuh: AutoEvolution

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…