Bateri Tuflong EFB Series - Pilihan terbaik untuk kereta dengan teknologi Start/Stop

oleh Firdaus Razani|
Sebagai seorang pemilik kereta, penjagaan rapi dan teliti pastinya menjadi perkara asas yang penting untuk diketahui bagi memanjangkan jangka hayat sesebuah kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebiasaannya apabila kereta tidak boleh dihidupkan, bateri menjadi antara punca terawal yang dikesan.

Dengan kereta moden yang sangat bergantung pada elektronik untuk kecekapan enjin, keselamatan melalui keupayaan telemetri dan sistem infotainmen berteknologi tinggi, pemilihan bateri yang sesuai menjadi aspek penting.

 

tuflong

 

Antara salah satu teknologi yang kini dilihat standard untuk kereta-kereta moden ialah fungsi Start/Stop atau Eco-Idle pada enjin.

Tidak dinafikan, teknologi tersebut sememangnya mampu menjimatkan penggunaan bahanapi, namun ia turut memerlukan penggunaan bateri yang khusus.

Berbanding bateri kereta biasa, bateri untuk fungsi Start/Stop memerlukan jumlah tenaga yang tinggi.

Selain untuk menghidupkan enjin sebelum perjalanan, ia juga memerlukan tenaga yang cukup untuk menghidupkan enjin setiap kali sistem Start/Stop mematikan enjin ketika berhenti.

 

tuflong

 

Ini bermakna kereta akan melakukan kitaran Start/Stop dengan lebih kerap, dan ianya memerlukan bateri yang lebih berkuasa untuk berfungsi dengan jangka masa lebih lama.

Terdapat dua jenis bateri kereta sahaja yang direka khusus untuk tujuan sistem Start/Stop, iaitu Enhanced Flooded Battery (EFB) dan Absorbent Glass Mat Battery (AGM).

Kereta-kereta yang lebih mampu milik kebiasaanya menggunakan jenis EFB, manakala kereta-kereta mewah dengan ciri Battery Management System (BMS) pula menggunakan jenis AGM.

Kini pelbagai jenama baharu ditawarkan dalam pasaran hingga menyukarkan pemilik untuk memilih yang terbaik dengan harga berpatutan.

 

tuflong

 

Faktor pemilihan pastinya bergantung kepada kekuatan sesebuah jenama, dan antara salah satu jenama lama yang dipercayai dari Jepun iaitu Tuflong, atau sebelum ini dikenali dengan jenama Hitachi.

 

Apa yang membezakan bateri biasa dengan EFB?
 
Penambahbaikan pada reka bentuk asas menghasilkan peningkatan penerimaan caj dan kuasa engkol, serta keupayaan untuk sentiasa beroperasi pada separa keadaan caj (SoC). Bateri EFB juga boleh mengecas semula lebih cepat berbanding bateri standard.

Tuflong didatangkan dalam 4 siri utama, iaitu SMF - Sealed Maintenance Free battery, bateri bersaiz DIN, bateri konvensional untuk kenderaan komersial dan siri ISS/EFB atau Enhanced Flooded Battery.

 

tuflong

 

Antara kelebihan bateri EFB Tuflong berbanding jenama lain ialah:

  • Badan berwarna putih dengan penutup hitam, dan label biru supaya paras asid dapat dilihat dengan jelas
  • Bateri Tuflong dibuat di Jepun
  • Datang dengan spesifikasi yang lebih tinggi daripada yang biasa ditemui di pasaran
TUFLONG COMPETITOR
M55 M42
Q100 Q85
S115 S95
T125 T110

 

  • Bateri EFB Tuflong menggunakan 99.99 peratus plat plumbum tulen
  • Teknologi Calcium-Alloy yang diguna meningkatkan kekuatan grid dan mengurangkan kakisan, sekaligus meningkatkan ketahanan dan jangka hayat
  • Bateri EFB Tuflong boleh mengecas semula lebih cepat berbanding bateri standard

Kesemua siri bateri Tuflong boleh didapatkan di kedai bateri, alat ganti, kedai tayar dan bengkel berdekatan atau boleh dibeli secara atas talian melalui kedai rasmi di Shopee dan Lazada.

Ingin penjelasan lebih lanjut mengenai bateri Tuflong? Dengarkan ulasan Hezeri melalui video di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…