Purata jangka hayat bateri EV sekarang cuma lapan tahun? - kata Nio dan CATL

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat pengeluar EV China, Nio telah mengumumkan hasrat mereka untuk membangunkan bateri bersama pengeluar terbesar bateri EV di China, CATL (Contemporary Amperex Technology).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali ganda purata jangka hayat bateri-bateri EV sekarang.

Secara tidak langsung, kenyataan dari Nio dan CATL itu bermaksud jangka hayat bateri EV sekarang tidak melebihi lapan tahun secara purata.

Menurut William Li, salah seorang pengasas Nio dan juga CEO syarikat tersebut, jangka hayat bateri, keselamatan bateri, harga bateri, kecekapan mengecaj, kemudahan mengecaj dan jangka hayat bateri adalah antara punca yang masih menghalang ramai dari membeli sebuah EV.

"Satu solusi untuk segala isu bateri ini diperlukan sekarang bagi meningkatkan keyakinan pasaran dan menurunkan kos pemilikan," ujar Li.

Nio ialah salah satu syarikat EV yang tidak langsung mahu menurunkan harga kenderaan EV mereka walaupun jenama-jenama lain berpusu-pusu mahu memotong harga. 

Nio juga sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan Geely, Changan dan JAC untuk sama-sama membangunkan dan mempromosikan teknologi "battery swapping" atau penukaran bateri EV.

Nia sebenarnya sudah bekerjasama dengan CATL dalam pembangunan dan pengurusan stesen penukaran bateri di seluruh China. Hingga kini, sudah ada 2,382 stesen tersebut sedang beroperasi.

* Laporan asal di South China Morning Post

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…