BATERIKU TERIMA PELABURAN BERNILAI RM10 JUTA

oleh Firdaus Razani|
Syarikat bateri kenderaan, Bateriku baru-baru ini telah menerima suntikan dana pelaburan berjumlah RM10 juta daripada VentureTECH Sdn Bhd dan Venture TECH SBI Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua firma berkenaan, masing-masing melabur sebanyak RM3 juta dan RM7 juta.

Melalui suntikan dana ini, Bateriku dijangka akan menggunakannya dalam meningkatkan operasi, memperluas jangkauan dan meningkatkan lagi pengalaman para pelanggan.

Tambahan itu, Bateriku turut menyediakan perkhidmatan bantuan kenderaan di tepi jalan, termasuk dalam menukar bateri kenderaan.

Oleh itu, pelaburan ini dijangka akan membantu Bateriku dalam membangunkan ekosistem yang menghubungkan kerosakan dan masalah bateri bersama bengkel kereta, selain Bazar yang memfokuskan pasaran alat ganti kereta.

Bateriku telah diasaskan pada Mac 2014, dan semakin berkembang dan mempunyai kedai Bateriku di sejumlah lokasi yang memudahkan proses menghubungkan bantuan kepada pemilik kenderaan.

 

SUMBER : Amanz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kesemua penghantar makanan menyatakan bahawa mereka menerima pesanan ‘prank’ yang beralamat di…