Bayar parkir di KL, Selangor guna aplikasi Touch 'n Go eWallet

oleh Mohamad Hanif|
Anda kini boleh membayar caj parkir tepi jalan di bawah seliaan 19 buah majlis yang merangkumi keseluruhan kawasan Selangor dan Kuala Lumpur menggunakan aplikasi Touch 'n Go eWallet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga lokasi baharu yang telah ditambah ialah Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Seremban-Nilai dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Untuk membuat pembayaran, pengguna aplikasi perlu memilih ikon Parking di bawah tab "Services", seterusnya menekan "Pay For Parking Now" untuk memilih lokasi dan menambah butiran kenderaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni berkata, "Touch 'n Go eWallet merupakan aplikasi eDompet pertama di Malaysia yang menawarkan liputan lengkap untuk bayaran parkir di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Langkah terbaharu ini dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 300,000 pengguna yang membayar caj parkir menggunakan Touch 'n Go eWallet setiap hari.

Touch 'n Go eWallet turut melancarkan promosi bermula 3 Julai hingga 4 Ogos 2023 bagi menggalakkan lebih ramai untuk menggunakan aplikasi eDompet tersebut untuk membayar caj parkir.

Pengguna yang membuat pembayaran caj parkir serendah RM0.40 boleh menikmati pulangan tunai sekali sehingga RM0.50, sah untuk 250,000 transaksi pertama sahaja.

Sementara pelanggan yang melakukan pembayaran lima kali minimum - dengan nilai bayaran sekurang-kurangnya RM0.40 setiap satu - akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik seperti konsol Playstation 5, peranti pintar Realme, atau pin tambah nilai RM100.

Anda boleh menggunakan aplikasi Touch 'n Go eWallet di 19 lokasi berikut:
1.    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2.    Majlis Bandaraya Subang Jaya
3.    Majlis Perbandaran Kota Bharu
4.    Majlis Perbandaran Kota Bharu: Pasir Tumboh
5.    Majlis Perbandaran Kuala Langat
6.    Majlis Bandaraya Shah Alam
7.    Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
8.    Majlis Daerah Machang
9.    Majlis Perbandaran Sepang
10.  Majlis Perbandaran Kajang
11.  Majlis Perbandaran Kuala Selangor
12.  Majlis Perbandaran Selayang
13.  Majlis Perbandaran Teluk Intan
14.  Perbadanan Putrajaya
15.  Majlis Bandaraya Petaling Jaya
16.  Majlis Bandaraya Seremban
17.  Majlis Bandaraya Seremban: Nilai (baru)
18.  Majlis Perbandaran Klang (baru)
19.  Majlis Perbandaran Ampang Jaya (baru)

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Bagi mendapatkan promosi tersebut, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred…
Berita Domestik
Sejak 2022, pengguna Touch ‘n Go eWallet sudah boleh membuat pembayaran untuk produk dan…