BBS sudah lama menjadi antara pembekal roda aloi untuk pasukan F1 dan walaupun nampak enteng, pasukan-pasukan utama seperti Mercedes-Benz dan Ferrari memang akan menggunakan komponen terbaik dan terkini untuk mencari titik optimum bagi jentera perlumbaan mereka.
Penggunaan komponen yang sama mengimbangi faktor perlumbaan agar skil dan teknik pelumba menjadi faktor yang lebih penting.
Roda aloi saiz 18 inci akan mula digunakan untuk perlumbaan F1 dan Nascar tahun ini.
Menurut Takahiro Maeda, presiden untuk kumpulan Maedakosen, pemilik BBS, syarikatnya mahu menunjukan bahawa roda aloi yang dijual di pasaran itu sebenarnya dihasilkan dari kilang dan menggunakan proses yang sama dengan roda aloi yang digunakan oleh F1 dan Nascar.
BBS Jepun kini menghasilkan semua roda aloi tempaan (forged wheels) untuk jenama BBS Jerman dan ia juga menjadi pembekal roda aloi khusus bagi Aston Martin untuk tahun 2021.