Bekalan elektrik percuma dua tahun untuk pemilik Harley-Davidson Livewire

oleh Mohamad Hanif|
Electrify America merupakan sebuah syarikat pengendali stesen pengecasan kereta elektrik di bawah subsidiari Volkswagen kini meluaskan perkhidmatan mereka kepada kenderaan beroda dua.

Menerusi satu kerjasama yang terjalin dengan Harley-Davidson, para pemilik motosikan elektrik Livewire bakal mendapat pelan pengecasan secara percuma sehingga 500 kWh selama dua tahun.
 


Penawaran ini terbuka kepada mana-mana pemilik yang telah melakukan pembelian bermula Ogos 2019 sehingga Julai 2021. 

Menariknya, anda sebagai pemilik boleh merangka aktiviti pengecasan motosikal Livewire menerusi aplikasi mudah alih Electrify America (Android dan iOS).

Electrify America menawarkan slot pengecasan pantas untuk EV yang meluas di kawasan lebuhraya dan urban di Amerika Syarikat, dengan jarak purata antara satu fasiliti sekitar 113 km. 
 


Harley-Davidson Livewire dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 15.5 kWh dan mampu memberikan jarak operasi sejauh 177 km untuk sekali pengecasan penuh. 

Pecutan 0-100 km/j pula hanya mengambil masa sekitar 3.5 saat sahaja dan harganya pula bermula dari $29,799 (RM122,564 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa). 
 

Berita Berkenaan

Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…
Berita Global
Kempen panggil semula ini dilakukan melibatkan isu perisian yang menentukan bila lampu brek pada…