Bekas CEO Perodua kini terajui MBM Resources

oleh Mohamad Hanif|

MBM Resources Berhad baru-baru ini mengumumkan pelantikan dua orang anggota baharu di dalam barisan Lembaga Pengarahnya. 

Dua anggota baharu tersebut ialah Y. Bhg. Datuk (Dr) Aminar Rashid bin Salleh dan Wong Fay Lee bagi menggantikan Shamshir  @Shamshin Ghazali dan Mustapha bin Mohamed. 

Dalam masa yang sama, Y. Bhg. Dato' Abd Rahim bin Abdul Halim mengumumkan persaraannya daripada ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi MBMR semenjak tahun 2007.

Jawatan Pengerusi MBMR kini dipegang oleh Datuk (Dr.) Aminar Rashid yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Perodua dari November 2009 sehingga 2012, dan sebagai Presiden dan CEO Perodua sehinggalah tarikh persaraannya pada Disember tahun lalu. 

Selain di Perodua, beliau juga turut berkhidmat di UMW Toyota semenjak tahun 1992 dalam pelbagai jawatan, termasuklah Pengarah Eksekutif Kumpulan Perancangan Strategik. 

Kedudukan Shamshir @ Shahshin Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (ARMC) digantikan oleh Y. Bhg. Dato Anwar bin Haji @ Aji yang berpengalaman luas di dalam pengurusan risiko sebelum ini. 

Datuk (Dr) Aminar Rashid akan turut berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Imbuhan dan Saraan (NRC) secara sementara menggantikan Mustapha bin Mohamed dan disertai oleh Dato' Anwar Haji @ Aji dan Wong Fay Lee. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembangunan Pusat Pameran Digital tersebut berfungsi sebagai platform bagi meningkatkan operasi…
Berita Domestik
  Pertandingan yang menawarkan hadiah AS$400,000 (RM1.6 juta) itu bakal bermula pada 7-12 Januari…
Berita Domestik
  Perodua menyumbang kepada wad pediatrik sebuah pulse oximeter (peralatan yang menyukat jumlah…