Bekas PM cadang sambung projek HSR ke Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong pelan kerajaan berhubung pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Johor Bahru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam ucapan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, Muhyiddin (BERSATU-Pagoh) turut mencadangkan laluan ke utara untuk disambung dengan HSR dari Bangkok ke sempadan Malaysia-Thailand dengan pembiayaan swasta yang membabitkan konsortium kewangan dalam negara.

"Impak projek seperti ini akan memberi kesan berganda dalam membuka peluang pekerjaan dan perniagaan baharu serta pembangunan wilayah dan pewujudan bandar-bandar baharu sepanjang laluan HSR.

"Ini sudah tentunya akan menghasilkan nilai berganda berbilion ringgit dan mendatangkan manfaat besar kepada rakyat termasuk masyarakat Bumiputera," katanya yang memegang jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan Malaysia dan Singapura bersama-sama mengumumkan pembatalan projek kereta api itu sejauh 350 kilometer setelah gagal mencapai kata sepakat mengenai cadangan perubahan pada tarikh akhir 31 Disember 2020.

Perjanjian dua hala bagi pembangunan projek, yang ditandatangani dengan Singapura pada 13 Disember 2016, adalah berlandaskan aspirasi untuk penyepaduan ekonomi yang lebih erat antara kedua-dua negara.

Malaysia telah membayar sebanyak SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembangunan projek HSR serta berkaitan dengan lanjutan penangguhan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…
Berita Domestik
Dari segi reka bentuk pula, HSR Kuala Lumpur ke Singapura perlu mempunyai kelajuan 350 kilometer…
Berita Global
Antara stesen yang belum disiapkan ialah Stesen Padalarang (65 peratus) disebabkan kerja-kerja…