Belanja dengan BHPetrol eCard untuk miliki pelbagai ganjaran menarik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perbelanjaan harian sememangnya satu perkara penting dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara yang menjadi cabaran paling utama masa kini ialah kenaikan setiap harga barang di mana ia pastinya meningkatkan jumlah perbelanjaan biasa.

Kenaikan harga barang sememangnya menjejaskan kualiti kehidupan kebanyakan rakyat di negara ini, lebih-lebih lagi jumlah kenaikan harga barang yang tidak setara dengan pendapatan diterima

Ianya bukanlah perkara yang hanya berlaku di Malaysia, malahan seluruh dunia menghadapi masalah yang sama.

Bagi meneruskan kehidupan dalam keadaan yang semakin sukar ini, kita perlulah bijak mencari alternatif atau cara untuk mengatasi situasi tersebut.

Seiring dengan kemajuan masa kini, pelbagai inisiatif telah diwujudkan secara digital bagi membantu orang ramai untuk berjimat dalam perbelanjaan tanpa mengeluarkan kos besar.

 

2

 

Sebagai contoh, aplikasi yang boleh dimuat turut secara mudah di telefon pintar seperti BHPetrol eCard kini menawarkan pelbagai ganjaran menarik apabila anda berbelanja di mana-mana stesen BHPetrol.

Apabila bercakap mengenai perbelanjaan harian, mengisi minyak petrol untuk motosikal atau kereta adalah salah satu aspek penting, terutama sekali dengan kesibukan jalan raya di bandar-bandar utama.

Melalui aplikasi BHPetrol eCard juga, ahli akan menerima ePoints yang boleh ditukar kepada mana-mana barangan eksklusif BHPetromart atau BHPetrol Lubes, termasuklah mengisi petrol secara percuma.

 

4

 

Bukan itu sahaja, ahli BHPetrol eCard juga berpeluang untuk menerima pelbagai ganjaran menarik yang ditawarkan setiap bulan untuk meningkatkan pengalaman terbaik pelanggan.

Untuk pengguna baharu yang ingin mendaftar menjadi ahli BHPetrol eCard, anda akan menerima 100 ePoints pertama.

Berikut merupakan beberapa langkah mudah untuk menerima 100 ePoints pertama anda:

  • Muat turun aplikasi BHPetrol eCard di Google Play Store atau Apple App Store
  • Daftar akaun pertama anda
  • Masukkan kod rujukan 'BHP x Careta' untuk ganjaran 100 ePoints
  • Nikmati pelbagai ganjaran lain melalui aplikasi BHPetrol eCard

 

3

 

Dengan berbelanja melalui aplikasi BHPetrol eCard, anda pastinya dapat memanfaatkan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik, di samping penukaran ePoints kepada pelbagai barangan eksklusif BHPetrol.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna, BHPetrol akan memperkenalkan tawaran bulanan istimewa terbaharu dalam aplikasi BHPetrol eCard.

Ahli BHPetrol eCard bakal menikmati tawaran masa terhad yang boleh ditebus dengan "0" ePoints.

Ikuti perkembangan terkini di aplikasi BHPetrol eCard untuk mendapatkan promosi terkini bagi menikmati penjimatan yang tidak boleh dilepaskan.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Sekiranya anda pengguna tegar diesel Euro5, anda akan bersetuju bahawa semakin banyak stesen…
Berita Global
Dan anda sendiri tidak akan sangka model yang kami paparkan ini sebenarnya telah dilengkapi dengan…
Informasi
  Enam pemenang Hadiah Utama dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM62,000,…