Benarkan remaja bawah umur memandu - Tindakan boleh dikenakan pada Ibu bapa, penjaga

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan/gambar dari kes kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, pemandu berusia 16 tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa lesen yang sah.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata di bawah Seksyen 39, Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM2,000, atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah umur.

"Selain itu, JPJ turut boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa suatu lesen memandu yang sah.

"Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan yang dipandu oleh seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

"Mana-mana orang yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta menyatakan apakah penambahbaikan dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan yang sedia ada khususnya terhadap pemandu bawah umur atau mereka yang tidak mempunyai lesen sehingga menyebabkan nahas di jalan raya.

Mengulas lanjut, Hasbi (GPS-Limbang) berkata kerajaan menyediakan kemudahan untuk menggalakkan rakyat yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen memandu termasuk melalui Program MyLesen B2.

Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan akan mengenakan hukuman lebih tegas kepada pemandu bawah umur, beliau berkata sesi libat urus dengan pelbagai pihak perlu dilakukan bagi mendapatkan pandangan.

Bagaimanapun Hasbi menegaskan ketika ini kementerian juga menggunakan pendekatan advokasi bagi memastikan pematuhan dalam pemanduan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds. "Insiden ini…
Berita Domestik
  "Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa,…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian pada jam 10.15 malam itu membabitkan remaja berusia 15 tahun memandu kereta…