Kanak-kanak lelaki 11 tahun ditahan pandu BMW, curi karavan

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditahan selepas memandu sebuah kereta jenis BMW di lebuh raya di United Kingdom (UK) pada Jumaat.

Menurut polis North Yorkshire, kanak-kanak berkenaan turut melarikan sebuah karavan yang dipercayai dicuri dari tapak perkelahan di Thirsk.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds.

"Insiden ini sangat mengejutkan kami kerana had umur minimum pemegang lesen di Britain adalah 17 tahun," katanya.

Suspek ditahan atas beberapa kesalahan termasuk mencuri dan memandu dalam keadaan melulu.

Dia telah dibebaskan atas jaminan polis selepas percakapan dirakam polis. Menurut pihak polis, tiada kecederaan dilaporkan.

 

BBC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi di…
Berita Domestik
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata kejadian pada 10.34 malam itu melibatkan…
Berita Domestik
Beliau berkata keadaan menjadi kelam-kabut apabila mangsa yang juga seorang guru tadika, menyedari…