Bendalir penyejuk ekzos terbocor - lebih sejuta unit kenderaan diesel BMW berisiko alami kebakaran

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam (23 Oktober), BMW kini memanggil kembali lebih daripada sejuta unit kenderaan berenjin diesel atas risiko kebakaran yang berpunca daripada sistem ekzos yang bermasalah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut BMW, masalah kebakaran tersebut berpunca daripada kebocoran bendalir penyejuk glycol daripada sistem penyejukan gas ekzos, dan ia dikatakan mampu bergabung dengan elemen lain di dalam sistem tersebut untuk mencetuskan kebakaran. 

Pihak BMW kini sedang menghubungi wakil penjual untuk mengaturkan temu janji dengan para pemilik untuk tujuan pemeriksaan pada modul pengaliran gas ekzos. 

"Sekiranya pemeriksaan tersebut mendapati ada bahagian yang bermasalah, ia akan digantikan serta merta," ujar kenyataan tersebut.

Sebelum ini, BMW telah mengumumkan kempen panggil semula pada bulan Ogos di Eropah dan sesetengah negara Asia melibatkan 480,000 unit kenderaan akibat risiko yang serupa.

Manakala di Korea Selatan, BMW telah menghantar kenyataan memohon maaf atas insiden kebakaran yang melibatkan hampir 30 buah kereta di sana atas isu yang sama.

Setakat artikel ini ditulis, pihak BMW Malaysia sedang menyiasat isu ini dan akan menghubungi para pelanggan yang disyaki terjejas menerusi rangkaian pengedar BMW di seluruh negara. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…