LEGO® TAMBAH KOLEKSI BAHARU KERETA LUMBA - MERCEDES F1, MCLAREN, BMW

oleh Firdaus Razani|
LEGO® bulan lalu telah mendedahkan barisan produk baharu sebagai meraikan keseronokkan dunia sukan permotoran dengan kerjasama bersama BMW, McLaren Racing & Senna, dan Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk berlumba dan mencipta pengalaman bermain yang menarik bersama Lego.

Dilancarkan pada 1 Mac ialah dua set LEGO® Speed Champions McLaren Racing dan BMW, dua kereta LEGO® TechnicTM daripada Mercedes-AMG PETRONAS Formula 1 Team, satu kereta LEGO® Icons daripada McLaren dan jenama Senna serta dua kereta baharu berinspirasikan perlumbaan dari LEGO® City.

Termasuk dalam rangkaian baharu ialah kereta yang sama dalam dua versi berbeza, untuk umur disyorkan yang berbeza.

Lego membawakan model LEGO® TechnicTM Mercedes-AMG F1 W14 E Performance untuk orang dewasa berumur 18 keatas dan versi tarik-belakang untuk kanak-kanak berumur tujuh tahun keatas.

 

lego

 

42171 Mercedes-AMG F1 W14 E Performance, adalah model berskala 1:8  yang menampilkan livery asli, enjin V6 dengan piston bergerak yang boleh diterokai apabila menanggalkan penutup enjin.

lego

Manakala 42165 Mercedes-AMG F1 W14 E Performance Pull Back, ia menawarkan kedua-dua rupa yang tulen dan pergerakan yang realistik untuk permainan penuh aksi.

 

lego

 

Selain itu, Lego turut membawakan salah satu kereta F1 ikonik, iaitu McLaren MP4/4 1988 yang dibangunkan dengan kerjasama McLaren Racing dan jenama Senna ke barisan LEGO® ICONS.

 

lego

 

10330 LEGO® ICONS McLaren MP4/4 & Ayrton Senna mempunyai perincian yang tepat dan fungsi realistik termasuk stereng yang berfungsi, spoiler boleh laras dan enjin V6 pengecas turbo terperinci.

Di samping itu, terdapat tempat paparan untuk kereta bersama Lego Minifigure juara dunia F1 iaitu, Ayrton Senna.

lego

Lego turut menampilkan dua model terbaharu untuk barisan LEGO® Speed Champions yang sesuai untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun dan ke atas.

Antara dua model baharu tersebut adalah 76919 LEGO® Speed Champions 2023 McLaren Formula 1 dan 76922 LEGO® Speed Champions BMW M4 GT3 & BMW M Hybrid V8.

 

lego
76919 LEGO® Speed Champions 2023 McLaren Formula 1

 

lego
76922 LEGO® Speed Champions BMW M4 GT3 & BMW M Hybrid V8.

 

Tambahan itu, LEGO® City memperkenalkan dua set baharu inspirasi perlumbaan untuk kanak-kanak berumur empat tahun ke atas iaitu, 60399 LEGO® City Green Race Car dan 60406 LEGO® City Race Car and Car Carrier Truck.

 

lego
60399 LEGO® City Green Race Car

 

lego
60406 LEGO® City Race Car and Car Carrier Truck.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…
Berita Global
  Menurut Toyota, replika itu dibina di Republik Czech dengan menggunakan kepingan Lego sebenar…
Berita Global
Lego Wrangler ini menggunakan 665 blok untuk dibina, lengkap dengan gril 7-lubang, winch yang…