Bengkel servis kereta malam dibuka di KL!

oleh HEZERI SAMSURI|
Perkara paling susah sebenarnya untuk menyelenggara kenderaan bukanlah bajet, tetapi sebenarnya masa.

Dalam kehidupan sibuk untuk warga kota, mengambil cuti atau masa bagi menghantar kenderaan untuk diservis sering menjadi punca kelewatan penyelenggaraan dilakukan.

Khidmat "chauffeur" di mana pusat servis datang untuk mengambil kenderaan anda dari rumah atau pejabat sangat jarang ditawarkan, kecuali anda dari kalangan VVIP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Atas dasar ingin membantu, Scrut Auto kini melanjutkan tempoh operasi mereka sehingga ke 10 malam bagi memudahkan pelanggan-pelanggan mereka.

Menurut  Ahmad Aliff Ahmad Shariffuddin, Pengarah Urusan Ifcon Technology yang memiliki dan menguruskan perniagaan di bawah nama Scrut, pusat servis kenderaan sepatutnya dikiaskan sebagai sebuah hospital atau klinik yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Scrut Auto dibuka tujuh hari seminggu dan sekarang ini kami lanjutkan sehingga ke jam 10 malam demi memudahkan pelanggan-pelanggan kami," ujar Aliff.

 

 

Pelanggan perlu memesan pakej servis kenderaan Scrut Auto dan kemudiannya menetapkan waktu temujanji. Semua proses ini dilakukan secara atas talian dan temujanji perlu dilakukan demi memastikan alat ganti tersedia ketika kenderaan diservis.

Buat masa sekarang, pakej servis Scrut Auto hanya terhad kepada beberapa jenama global seperti Audi, BMW, Land Rover, Mercedes-Benz, Mitsubishi, Toyota dan Volkswagen.

Ini lebih kepada jenama-jenama lazim dalam pasaran "recond" kereta fokus Scrut sebelum ini ialah untuk kenderaan tersebut.

"Kami akan meluaskan tawaran pakej servis kami kepada jenama-jenama lain nanti," terang Aliff.

Harga pakej servis oleh Scrut Auto juga ternyata menarik. Contohnya, pakej minyak hitam untuk Mercedes-Benz C-Class W204 ialah dari serendah RM355.50.

Harga pakej untuk BMW 3-Series (E90/F30) pula dari serendah RM314.25 dan untuk MPV popular negara, Toyota Vellfire/Alphard, ia bermula dari RM301.50.

 

 

"Antara punca harga rendah yang kami dapat tawarkan sekarang ialah kerana kerjasama Scrut dengan jenama minyak pelincir Jerman, Mannol.

Apa sahaja diskaun yang kami terima dari Mannol, kami salurkan kembali kepada pelanggan-pelanggan," kata Aliff.

Jenama minyak pelincir Mannol yang digunakan juga diimport masuk dari negara Eropah dan ketulenannya dijamin kerana stok diambil terus dari pengedar rasmi Mannol untuk Malaysia.

Selain dari pakej servis minyak hitam, Scrut Auto juga menawarkan servis untuk pendingin hawa dan sistem brek.

Bengkel Scrut Auto pula terletak di Lorong Nibong, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ia berdekatan dengan beberapa restoran dan kafe-kafe terkenal seperti Kenny Hill Bakers, Thai Village, Sahara Tent dan Victoria Station.

Selain dari itu, kompleks membeli belah Ampwalk juga kurang dari 500 meter dari Scrut Auto.

Untuk membuat tempahan servis kenderaan anda, lawati pautan SCRUT AUTO dan untuk ke sana, gunakan Waze untuk mencari SCRUT AUTO.

Tonton video lawatan kami ke bengkel SCRUT AUTO di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia juga turut melibatkan pusat-pusat servis kenderaan di mana kerja-kerja seperti penyelenggaraan…