Bentley Continental GT Limited Edition - tribut kepada jentera Pikes Peak, 15 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Bulan enam yang lalu, Bentley berjaya mengejutkan dunia dengan catatan masa terpantas di Pikes Peak International Hill Climb menerusi jentera Bentley Continental GT yang dipandu oleh Ryhs Millen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bentley Continental GT tersebut berjaya memecahkan rekod terpantas dengan catatan masa 10:18.488 dengan perbezaan masa 8.4 saat berbanding rekod terdahulu. 

 

 

Bagi meraikan kejayaan Bentley pada acara Pikes Peak, pengeluar jenama mewah dari British itu kini melancarkan model edisi terhad Continental GT Limited Edition dengan jumlah produksi yang cukup terhad - 15 unit sahaja!

Bentley Continental GT edisi khas ini didatangkan dengan kit badan gentian karbon dengan kemasan cat Radium oleh Mulliner yang menyamai skema warna jentera yang memecahkan rekod Pikes Peak. 

 


Sementara itu, bahagian lain seperti bahagian bawah bumper hadapan, panel bumbung, perumah cermin sisi dan rear-fascia didatangkan dengan kemasan berwarna hitam berkilat. 

Untuk membuatkan jentera ini lebih unik, ia juga turut didatangkan dengan spesifikasi seperti angkup brek berwarna hijau asid (acid green), rim aloi bersaiz 22 inci yang dibaluti tayar Pirelli P Zero Colour Edition dan decal Pikes Peak di bahagian bumper hadapan.


Walaupun ia sebuah jentera yang pantas, ruang kabin pula masih mengekalkan kemasan yang mewah seperti upholsteri Alcantara yang dikontraskan dengan jahitam berwarna Radium. 

Papan pemuka juga turut diberikan kemasan gentian karbon manakala di bahagian sisi penumpang hadapan terdapat grafik yang menunjukkan layout litar Pikes Peak dan catatan rekod masa 10:18.488. 

Perumah speaker daripada sistem audio Bang & Olufsen juga turut dilayangkan dengan warna hitam anodiza dan Radium.
 


Tiada sebarang perubahan dibawakan kepada enjin asal, di mana nadi 6.0 liter W12 turbo berkembar yang didatangkan masih mampu mengekstrak 626 kuasa kuda dan 900 Nm. 

Prestasi di jalanan pula memakan masa sekitar 3.6 saat (0-100 km/j) dengan kelajuan terpantas dihadkan pada 333 km/j.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Model Terbaharu
Pada tahun 2003, Bentley telah mencipta sejarah apabila mereka telah menyertai perlumbaan ikonik…
Uncategorized
  Satu daripada model mahal yang mempunyai kemampuan drift ialah Bentley Continental GT Speed. …