Bentley Continental GT pecah rekod masa terpantas di Pikes Peak!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda, jentera manakah yang berjaya memecahkan rekod masa terpantas di dalam Pikes Peak International Hill Climb pada tahun ini? 

Ia bukanlah jenama jentera yang paling pantas di dunia, bukan jua jenama haiwan yang kerap menjadi ikon kelajuan. 

Akan tetapi, ia disandang oleh Bentley, sebuah jenama premium dari British!

Bentley Continental GT - dengan Ryhs Millen di belakang stereng - telah berjaya mencatatkan masa terpantas 10:18.488 pada Pikes Peak International Hill Climb di dalam kategori kereta produksi. 

Malah, catatan masa tersebut sebenarnya 8.4 saat lebih pantas berbanding rekod yang diperoleh sebelum ini. 

Berlumba dengan nombor 100 - sebagai tanda ulang tahun yang ke-100 Bentley - jentera Continental GT ini bukan calang-calang juga spesifikasinya. 
 


Enjin 6.0 liter bentangan W12 mampu menjana 626 kuasa kuda dan 900 Nm daya kilas yang memacu kesemua roda pada masa yang sama menerusi transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan. 

Di jalan yang lurus, ia mampu mencapai 96 km/j dalam masa kira-kira 3.6 saat sahaja dan kelajuan tertinggi 333 km/j. 

Tahun lalu, Bentley Bentayga juga berjaya mencatatkan rekod sebagai SUV produksi terpantas di litar yang sama dan juga dipandu oleh pelumba yang sama. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Model Terbaharu
Pada tahun 2003, Bentley telah mencipta sejarah apabila mereka telah menyertai perlumbaan ikonik…
Uncategorized
  Satu daripada model mahal yang mempunyai kemampuan drift ialah Bentley Continental GT Speed. …