Bentley lancar SUV Bentayga EWB Mulliner, spesifikasi lebih mewah, 542 hp, 770 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Pelanggan kereta mewah Bentley boleh memilih sama ada untuk mendapatkan SUV Bentayga dalam bentuk badan standard, atau versi jarak antara roda yang lebih panjang EWB, seperti yang telah dilancarkan di pasaran Malaysia awal tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi pihak yang merasakan penawaran standard tidak memadai, mereka boleh mendapatkan khidmat penyesuaian eksklusif daripada divisyen pembina koc Bentley Mulliner untuk model Bentayga EWB itu tadi.

Ia masih lagi mengekalkan nadi bentangan V8 4.0 liter dengan kuasa setinggi 542 hp dan 770 Nm, dengan susun atur 4 tempat duduk atau 4+1, dan spesifikasi Airline Seat larasan 22 tahap sebagai ciri standard.
 

Bentyel


Ciri yang membezakan antara model binaan Mulliner dengan Bentayga EWB standard ialah kemasan jeriji berlian berganda, perumah cermin sisi dua tona, dan rim eksklusif 22 inci dengan penutup tengah imbang kendiri.

Pembeli juga boleh memilih kemasan Mulliner Blackline Specification yang menggantikan warna krom di bahagian luar kepada warna hitam berkilat, diikuti rim bersaiz 22 inci dengan kemasan hitam yang serupa.
 

mulliner


Selain itu, terdapat juga kemasan upholsteri kulit Mulliner Harmony Diamond Quilt pada tempat duduk dan panel pintu, trim venir Grand Black, kemasan nama Mulliner pada tempat duduk, plet ambang pintu bercahaya dan pelapik lantai Wilton.

Lebih penting (dan mungkin memeningkan kepala), Mulliner menawarkan kombinasi tiga-warna untuk ruang kabin, di mana terdapat lapan kombinasi warna yang telah disediakan oleh pasukan pereka Mulliner Bespoke Interior.  
 

mulliner


Namun, pembeli boleh menentukan sendiri kombinasi yang diinginkan di mana terdapat hampir 4,000 kombinasi tiga warna yang boleh dipilih.

Antara ciri lain termasuklah kemasan berlian tiga dimensi pada konsol tengah, corak krom Mulliner pada dulang kargo, jam khas Mulliner, serta sistem pencahayaan LED Bentley Diamond Illumination pada panel pintu.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Berbanding model standard, Bentayga EWB (Extended Wheelbase) memiliki ukuran jarak antara roda 180…
Berita Global
  Sistem Suhu Automatik Apabila penumpang belakang memilih satu daripada tujuh tahap suhu yang…