Berita baik: MINI John Cooper Works Countryman 2024 kekal dengan enjin ICE, 312 hp, 400 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan lepas, MINI telah pun memperlihatkan model Cooper dan Countryman generasi baharu, di mana kedua-dua model tersebut ditampilkan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik, anda masih lagi boleh dapatkan model MINI terbaharu yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman menerusi model berprestasi tinggi John Cooper Works Countryman 2024.

Baca: MINI Cooper EV 2024

Baca: MINI Countryman EV 2024

Model generasi ketiga ini dikuasakan oleh nadi 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa 312 hp dan 400 Nm, berbanding model terdahulu dengan kuasa 301 hp dan 449 Nm.
 

jcw


Pecutan 0-100 km/j hanyalah sekitar 5.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

JCW Countryman ini turut dipadankan dengan sistem brek berprestasi tinggi, diikuti rim bersaiz 19 dan 20 inci yang dibaluti tayar selebar 245 mm.

Antara kemasan unik termasuklah jeriji oktagon dengan kemasan hitam berkilat, logo JCW yang telah direka semula, serta layangan warna dua tona di mana bumbung dan tiang C telah mendapat warna merah.
 

jcw


Tema merah dan hitam turut mendominasi ruang kabin, di mana ia menghiasi papan pemuka, panel pintu serta tempat duduk sport.

Pembeli boleh mendapatkan pakej opsyen Driving Assistant Professional Package yang disokong oleh 12 penderia ultrabunyi dan empat kamera keliling, di mana sistem ini membolehkan JCW Countryman dipandu tanpa tangan pada kelajuan sehingga 60 km/j.

Selain daripada sokongan ADAS Tahap 2, JCW Countryman juga turut didatangkan dengan MINI Experience Modes yang boleh dipilih menerusi skrin OLED bulat di tengah, serta mod Go-Kart yang akan memainkan runut bunyi enjin di dalam ruang kabin.
 

jcw


Di Amerika Syarikat, MINI JCW Countryman ini dijual pada harga bermula dari $44,795 (RM211,500) dan bakal mendarat di pengedar seawal Mei tahun depan.

Berita Berkenaan

Pelancaran
MINI John Cooper Works 3 Door membawakan perubahan terhadap penampilan luaran seperti gril radiator…