Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua eksekutif Lamborghini Stephan Winkelmann ketika ditemubual oleh Bloomberg, baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, Winkelmann turut menambah dua lagi model Lamborghini telah pun habis terjual (Huracan, Urus) disebabkan peningkatan permintaan terhadap model ICE konvensional.
Lamborghini Revuelto merupakan sebuah kenderaan HPEV (High Performance Electrified Vehicle), di mana ia menampilkan enjin V12 6.5 liter (813 hp, 725 Nm) yang dipadankan dengan tiga motor elektrik, dan hamburan kuasa setinggi 1,001 hp dan 1,062 Nm.
Terima kasih kepada pek bateri kecil berkapasiti 3.8 kWh, Revuelto boleh bergerak dalam sifar emisi sejauh hampir 10 km.
Berdasarkan laporan terdahulu, kesemua unit Lamborghini Urus V8 telah pun habis terjual dan para pembeli baharu terpaksa menunggu sehingga akhir tahun 2024 untuk menempah sebuah Urus plug-in hybrid.
Lamborghini juga dilapor akan menghasilkan sebuah pengganti kepada Huracan dengan menampilkan tetapan trenkuasa plug-in hybrid.
Sumber: Bloomberg