Walau bagaimanapun, tidak perlulah anda mengira duit simpanan di dalam tabung, ini kerana supercar bernadikan V12 PHEV itu telah habis dijual.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, walaupun belum dihantar kepada pelanggan ia turut menerima nasib yang sama secara global di mana Lamborghini Revuelto telah pun habis dijual sehingga tahun 2025!
Disifatkan sebagai sebuah High Performance Electrified Vehicle (HPEV), Revuelto menjadi yang pertama dalam keluarganya untuk menampilkan penggunaan trenkuasa hibrid yang mampu menjana kuasa sehingga 1,015 hp!
Sememangnya satu sejarah baharu buat jenama kelahiran Itali yang pada asalnya telah dihina oleh Ferrari sebagai pembuat traktor.
Berikut merupakan spesifikasi ringkas Lamborghini Revuelto yang kini telah rasmi untuk pasaran Malaysia:
- Nadi L545 V12 6.5 liter NA (813 hp @ 9,250 rpm, 725 Nm)
- V12 serba baharu, 17 kg lebih ringan berbanding V12 Adventador
- Transmisi klac berkembar DCT 8 kelajuan
- Sistem pacuan semua roda AWD
- Tiga motor elektrik - 2 di gandar depan (e-axle) berkuasa 180 setiap satu, 1 di belakang (di dalam transmisi)
- Pek bateri 3.8 kWj
- Menyokong pengecasan 7 kW dalam masa 30 minit, atau 6 minit apabila dijana oleh nadi V12
- Pecutan 0-100 kmj dalam masa 2.5 saat, 0-200 dalam masa kurang dari 7 saat, kelajuan tertinggi sehingga 350 kmj
Hasil elektrifikasi membawakan tiga mod pemanduan khusus, iaitu Recharge, Hybrid dan Performance yang digabungkan dengan mod Citta, Strada, Sport dan Corsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 13 mod.
Antara yang utama ialah:
- Citta - pemanduan dalam bandar, sifar emisi, 180 hp
- Strada - pemanduan yang selesa dalam bandar menggunakan nadi V12, kuasa sehingga 876 hp
- Sport - terbahagi kepada tiga mod berasingan (Recharge, Hybrid, Performance), kuasa sehingga 895 hp
- Corsa - hamburan kuasa penuh 1,015 hp
Pada bahagian dalaman pula, Lamborghini Revuelto menampilkan tiga skrin berasingan merangkumi skrin kluster digital 12.3 inci untuk pemandu, diikuti dengan skrin infotainment menegak 8.4 inci di bahagian tengah, serta skrin tirus bersaiz 9.1 inci untuk penumpang.
Untuk pasaran Malaysia, harga bagi Lamborghini Revuelto tidak diumumkan secara rasmi, namun menurut sumber dari Lamborghini Kuala Lumpur, supercar V12 PHEV itu ditawarkan Bermuda dari RM2.5 juta sebelum cukai, dan RM6.5 juta termasuk cukai.
Baca: Lamborghini Revuelto 2024 rasmi - supercar V12 PHEV berkuasa 1,015 hp
Baca: Lamborghini Revuelto habis terjual hingga akhir 2025!