Kelemahan ini berhubungkait dengan sistem infotainmen yang dicatatkan sebanyak lapan kerentanan, manakala empat lagi berpunca daripada sistem telematik dan dua punca daripada sistem on-board diagnostic.
Menurut Tencent lagi, kesemua kelemahan ini membolehkan kenderaan BMW yang dinyatakan mampu diceroboh oleh pakar penggodam menggunakan kos yang rendah selain mampu mengawal dan mengambil alih fungsi kereta daripada jauh.
Apa yang membimbangkan, pakar yang berpengalaman boleh mengekspoitasi titik lemah sambungan Bluetooh dan GSM yang terpasang pada kenderaan, seterusnya menceroboh masuk ke dalam sistem ConnectedDrive BMW.
Pihak BMW telah dimaklumkan berkenaan masalah yang dinyatakan oleh Tencent, dan seterusnya mengeluarkan kemaskini melalui sambungan internet kepada kawalan telematics kenderaan bagi memperbaiki kerentanan tersebut.
Teruja dengan penemuan kelemahan tersebut, BMW memuji penyelidikan yang impresif daripada Tencent dan mereka kini sedang mengadakan perbincangan meja bulat untuk meneroka sebarang kemungkinan untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan produk bersama.
BMW bukanlah syarikat pertama yang menghargai penemuan yang dibuat oleh pihak ketiga berkenaan kerentanan sistem yang dibangunkan oleh mereka.
Syarikat besar dari Silicon Valley juga turut melakukan perkara yang sama seperti Facebook menghadiahkan $6.3 juta kepada para penggodam yang berjaya mengesan kelemahan sistem mereka sejak 2011, manakala Google juga turut menghadiahkan $12 juta sejak 2010.
Sumber: AutoExpress UK