Berkempen tetapi menyalahi undang-undang lalu lintas, polis akan ambil tindakan

oleh Penyumbang Rencana|
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai telah membuat kenyataan media bahawa pihak polis telah mengesan terdapat beberapa pelanggaran undang-undang lalu lintas telah berlaku dalam kempen pilihan raya membabitkan sebuah parti politik di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Kuala Lumpur pada Ahad.


Satu video tular di media sosial yang memaparkan beberapa individu didapati telah menunggang skuter elektrik secara berkumpulan di atas jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kenyataan pada Ahad, Eng Lai berkata, "Ia telah melanggar Peraturan 42 Kaedah Lalu lintas 1959 (LN166/19596) yang mana penunggang dikehendaki menunggang dalam satu barisan sahaja di atas jalan.

 

Selain itu, turut dikesan tindakan individu yang duduk di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan bahaya.

 

"Perbuatan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 92 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959)," jelasnya.

 

kempen

 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap dua buah kenderaan 'buggy' jika didapati tidak memiliki cukai jalan atau kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

"Hasil siasatan, kita mendapati parti politik yang terlibat dalam kempen itu memiliki permit perjumpaan awam terbuka yang sah daripada Ketua Polis Daerah Sentul dan kempen tersebut berlangsung pada jam 9 pagi tadi," ujarnya.

 

Eng Lai berkata, Polis Kuala Lumpur menasihati semua parti politik yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk sentiasa mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

 

"Kita tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang," tegasnya.

 

- Dalam sibuk berkempen, tunjukkan teladan yang baik dan tidak memudaratkan pengguna jalan raya memandangkan nyawa yang diberikan cuma satu sahaja -

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  “Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang…
Informasi
  Prasarana dalam satu kenyataan berkata, tambang percuma ini meliputi perkhidmatan Rapid KL,…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk Lebuhraya…