PRU15: Perjalanan feri ke Langkawi ditambah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perjalanan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi ditambah bermula hari ini (Jumaat) untuk memudahkan pengundi pulang mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.


Pengurus Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya menambah satu perjalanan, menjadikan keseluruhan enam perjalanan ke pulau itu, sehingga Ahad.

 

“Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang mengundi.

 

“Bagaimanapun untuk perjalanan dari Langkawi hanya satu perjalanan tambahan diadakan iaitu ke Kuala Kedah pada Ahad untuk membawa penumpang kembali ke tanah besar,” katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Jumaat.

 

Menurut Baharin, penjualan tiket juga lancar dan tiada kesesakan di kaunter kerana kebanyakan penumpang telah membeli secara dalam talian.

 

Katanya, penumpang juga diminta agar merancang awal untuk menggunakan perkhidmatan feri bagi mengelakkan kesesakan di terminal feri.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Operasi memindahkan penumpang feri Express Bahagia 98 yang terkandas di perairan Kuala Kedah…
Informasi
  Beliau berkata, pihaknya memohon menyediakan tiga feri tambahan pada tarikh berkenaan selepas…
Berita Domestik
  Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 bagi tambang kanak-…