Bermaz Auto Alliance umum kempen panggil semula/henti pandu untuk model Citroen 2009-2017

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) menggesa para pemilik model Citroen/DS untuk segera henti pandu kenderaan mereka sekiranya proses penggantian beg udara Takata masih belum diselesaikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun 2009 hingga 2017.

Para pemilik kenderaan yang disebutkan itu tadi digesa untuk segera berhenti memandu dan menghubungi Bermaz Auto Alliance untuk mendapatkan pembaikan secara percuma.

Kereta ihsan akan disediakan untuk memudahkan urusan para pemilik yang terjejas sehinggalah proses penggantian beg udara selesai.

Berhubung kes panggil semula melibatkan inflator beg udara Takata, pihak BAASB telah mencuba sedaya upaya untuk menghubungi semula para pemilik yang terjejas, termasuklah melalui surat, penghantaran kurier, emel, mesej teks dan panggilan telefon.

Maklumat lanjut berhubung notis henti pandu model Citroen ini boleh didapati menerusi talian Customer Relationship Management (CRM) di 03-7672 8818, atau dengan menghantar emel kepada [email protected].

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan selepas tiga tahun sejak penubuhannya untuk menguruskan pengedaran, jualan dan selepas…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh peralihan, Bermaz Auto Alliance akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi…
Berita Domestik
Jason Choong Zheng Xin, pemenang bertuah yang telah membeli sebuah Peugeot 3008 sepanjang kempen…