Bermaz Auto umum pemenang kempen "Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain"

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada acara BAuto Showcase bertempat di 1 Utama Shopping Centre, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd telah mengumumkan pemenang bagi kempen "Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain" yang telah berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Ogos 2023 lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Jason Choong Zheng Xin, pemenang bertuah yang telah membeli sebuah Peugeot 3008 sepanjang kempen tersebut telah memenangi perjalanan berbayar untuk dua orang bagi menyaksikan perlumbaan ketahanan 8 jam, Bahrain World Endurance Championship 2023 pada 4 November 2023.

Sepanjang kempen selama empat bulan itu, pelanggan yang membeli dan mendaftar Peugeot mereka telah layak menyertai kempen itu apabila mereka membeli mana-mana model Peugeot terpilih seperti Peugeot 2008, Peugeot 3008, Peugeot 5008 dan Peugeot Landtrek, serta menyerahkan slogan kreatif.

 

2

 

Ketua Jualan Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, Michael Chen berkata, “Kami gembira dengan sambutan terhadap kempen 'Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain', yang telah berlangsung selama empat bulan."

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang bertuah dan terima kasih atas sokongan anda dalam membeli PEUGEOT idaman anda."

"Kempen ini adalah sebahagian daripada objektif kami untuk berkongsi pengalaman jenama eksklusif membeli Peugeot dan warisannya di dalam sukan permotoran.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan selepas tiga tahun sejak penubuhannya untuk menguruskan pengedaran, jualan dan selepas…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh peralihan, Bermaz Auto Alliance akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…