Berminat dengan pakej perkahwinan di angkasa lepas? Harga cuma RM528,000

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Space Perspective
Bakal pasangan pengantin baharu dijangka boleh menganjurkan majlis perkahwinan mereka di angkasa lepas menjelang tahun 2024, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.


Majlis perkahwinan unik itu akan diadakan di dalam sebuah belon angkasa lepas bersaiz stadium padang ragbi yang terapung pada ketinggian 30 kilometer (km) di atas paras laut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Syarikat Space Perspective berpangkalan di Florida kini menjual tiket penerbangan dengan kapsulnya pada harga AS$125,000 (RM528,000) yang akan menyajikan pemandangan Bumi yang menakjubkan.

 

Kapsul  dibawa oleh belon angkasa gergasi itu boleh memuatkan hingga lapan tetamu ke ruang stratosfera  untuk perjalanan yang mengambil masa enam jam.

 

Pakej tersebut sudah pun dibeli oleh beberapa pelanggan untuk acara kumpulan dan ada juga yang ingin mengadakan majlis perkahwinan mereka di sana.

 

Tiket pakej  itu mula dijual sejak akhir Jun lalu.

 

space
Gambar dari Space Perspective

Penumpang akan menikmati pemandangan Bumi 360 darjah ketika berada di dalam kapsul yang dilengkapi dengan bilik mandi, bar dan akses  Wi-Fi.

 

Space Perspective yang diketuai oleh pasangan suami isteri Taber MacCallum dan Jane Poynter baru-baru ini memberitahu majalah Observer mengenai sambutan menggalakkan yang diterima sejak pakej penerbangan itu mula dijual.

 

“Ini akan menjadi satu pengalaman yang gila. Belon akan berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy dan mengambil masa lebih kurang dua jam untuk sampai pada ketinggian 30 km.

 

‘Semasa proses menuju ke puncak, anda akan dapat melihat sejauh 724 km ke setiap arah, bermakna anda akan melihat seluruh semenanjung Florida, Bahamas dan Teluk Mexico,” kata Poynter.

 

 

Video tersebut boleh disaksikan di bawah ini:

 

 

 

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Pereka Bentuk Roket Pembawa Long March 2F Korporat Sains dan Teknologi Angkasa Lepas…
Berita Global
Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk menghempaskan ISS…
Berita Global
  Space Perspective memaklumkan telah menjual sehingga 600 tiket untuk perjalanan ke pinggir…