Beroperasi lebih masa, stesen minyak dikompaun RM10,000

oleh SALINA JALIL|
Tindakan pemilik sebuah stesen minyak di Gua Musang yang ingin meraih keuntungan lebih dengan beroperasi melebihi had masa perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh membawa padah apabila dia dikompaun sebanyak RM10,000 semalam.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Gua Musang, Mohd. Koma Shapii berkata, stesen minyak yang di Kampung Tanah Putih itu dikesan masih beroperasi meskipun sudah pukul 12.05 tengah malam.

 

Katanya, kesalahan itu disedari oleh tiga anggota penguatkuasa KPDNHEP ketika melakukan rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar bandar ini.

 

“Hasil pemerhatian yang dilakukan terdapat beberapa buah kenderaan masih mengisi minyak di stesen berkenaan.

 

“Tindakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) telah dikeluarkan terhadap pemilik stesen minyak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Menurut Mohd. Koma, kompaun itu dikeluarkan selepas premis berkenaan beroperasi melebihi waktu dibenarkan bagi perniagaan stesen minyak bukan bertol yang bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam sahaja.

 

Tambahnya, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan dan pelaksanaan penguatkuasaan pematuhan SOP akan terus dijalankan.

 

 

 

– K! ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
“Cuma ada beberapa stesen yang memohon untuk membuka operasi sedikit lewat bagi memberi ruang…
Berita Domestik
Menurut laporan Sinar Harian terdapat beberapa kenderaan pacuan empat roda bercermin gelap disyaki…
Berita Domestik
"Video tular berkenaan memaparkan seorang individu sedang berjalan ke kenderaan yang diletakkan di…